Saturday, June 26, 2021

MENYERAHKAN LAPORAN, SLAID PEMBENTANGAN DAN BUKU LOG KEPADA PENYELIA

 25 JUN 2021/JUMAAT

    Pada kali ini, tugasan yang perlu diselesaikan oleh kami ialah menyerahkan tugasan projek yang dilaksanakan semasa semester 4 kepada Pn. Noor Rashidah selaku penyelia kami. Kami diminta untuk menyerahkan tugasan ini selewat-lewatnya pada 1 Julai 2021.


 Angin dingin di waktu pagi, 

Anak kucing berlari-lari, 

Andai masa boleh ku ulangi, 

Menjadi harapan mengubah takdir.


Friday, June 25, 2021

PEMBENTANGAN DEFEND PROPOSAL KEDUA

 18 JUN 2021/JUMAAT




            Hari ini merupakan hari yang amat penting. Hari ini merupakan penentuan halatuju projek kami. Pembentangan kali ini bagi meyakinkan panel kami iaitu Pn. Sharinatol mengenai kemajuan perlaksanaan projek yang akan dilakukan pada semester depan. Terdapat beberapa komen tentang masalah di objektif yang perlu dibaiki, penyusunan graf carta alir dan carta gantt. Akhir sekali, sekiranya iot dapat diselitkan dalam projek ini akan menjadi lebih baik. Walau bagaimapun, kesuluruhan projek ini dapat diluluskan dengan baik untuk diteruskan perlaksanaan projek ini untuk semester hadapan.

Hari jumaat penghulu hari,
 Solat jumaat amat dituntuti,
 Cinta manusia hanya ilusi, 
Cinta Allah amat dituntuti.


PERBINCANGAN BERSAMA GP 16 SEBELUM PEMBENTANGAN DEFEND PROPOSAL 2

 17 JUN 2021/KHAMIS


            Pada hari ini, iaitu 17 Jun 2021, kami masih lagi melakukan perbincangan sebelum melakukan pembentangan dengan panel pada esok hari. Pada hari ini kami melakukan perbincangan tentang bahagian Design Thinking. Kami melakukan di platform Microsoft Teams. Selain itu, kami turut menjemput beberapa rakan kami dari kumpulan yang lain agar dapat memberi pendapat mereka tentang slaid kami ini. Perbincangan ini bermula dari pukul 2 petang sehingg 5.40 petang.


Para pahlawan memelihara kedaulatan, 

Berjuang penuh menegakkan keadilan, 

Para lelaki menyahut cabaran, 

Menjadi ketua dalam kekeluargaan. 

PERBINCANGAN BERSAMA SEMUA AHLI GROUP 16

 16 JUN 2021/RABU


            Perbincangan hari ini adalah menarik tentang apa yang kita perlu menambah kita slaid persembahan. Selepas berbincang, semua orang mempunyai membahagi masing-masing tugas. Antara tugas saya perlu dilakukan ialah menambah slaid mengenai peralatan .Saya mahu menggunakan bersama anggaran kos untuk selesaikan projek ini. Kami perjumpaan perbincangan bermula sekitar jam 4 petang hingga 6.30 petang ini.


Punah di atas menghamba, 

Binasa di atas ditindas, 

Kalau jatuh kerana manusia,

Bangkitlah kerana Tuhan(Allah SWT). 


PERJUMPAAN TERAKHIR BERSAMA PENYELIA UNTUK SEM 4

 11 JUN 2021/JUMAAT

    

    


                Pada petang ini merupakan perjumpaan terakhir kami bersama Pn. Noor Rashidah pada semester 4. Perjumpaan kali ini adalah tentang perbincangan dan semakan penulisan Laporan Akhir Tahun Projek kami. Pada hari ini juga Pn. Noor Rashidah menyemak laporan saya. Antara komen atau teguran beliau kepada laporan saya ialah tentang format rujukan mestilah mengikut format IEE. Selain iut pada bahagian gambar rajah methodology mestilah berwarna hitam dan putih. Akhir sekali kami di ingatkan supaya membuat penulisan laporan ini mengikut format yang telah ditetapkan dan mengikut buku pandauan yang telah diberikan oleh Dr. Sunitha V. Doraisamy.


Keindahan panorama terbitnya fajar, 

Rama-rama berterbangan dengan girang,

 Alangkah indah bertemankan kesayangan,

 Tetapi gusar diterima hati.



PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN DENGAN PENYELIA

 28 MEI 2021/JUMAAT



                Pada hari ini, iaitu Jumaat, 28 May 2021 sekitar pukul 3 petang tadi di platform Microsoft Teams kami telah berjumpa dan melakukan perbincangan kami dengan penyelia kami iaitu Pn. Noor Rashidah Binti Noordin. Topik perbincangan pada hari ini ialah tentang komen atau pendapat yang dikatakan oleh panel pada minggu lepas tentang slaid pembentangan dan apa yang perlu kami perbaiki. Akhir sekali, Pn. Noor Rashidah juga memberitahu kami supaya kami perlu mula menulis Laporan Akhir Projek mulai hari ini. Hal ini kerana pada perjumpaaan seterusnya beliau kami membuat semakan pada laporan tersebut.


Reriang berbunyi riang, 
Tumbuhnya lalang semakin meninggi, 
Hati ini memerlukan seseorang, 
Tetapi takut dikecewakan lagi.

PEMBENTANGAN DEFEND PROPOSAL PERTAMA

18 MEI 2021/SELASA



            Pada petang tersebut, nama panel kami ialah Pn. Sharinatol Akmanida Binti Jamaludin. Selain itu, presentation ini telah bermula sekitar pukul 4 petang di Microsoft Teams. Setelah selesai kami present kepada Pn. Sharinatol Akmanida, beliau memberikan sedikit pendapatnya pada slaid kami ini. Antara pendapatnya ialah logo Politeknik Ungku Omar tidak perlu letak di dalam slaid, bahagian problem stament kami perlu diperluakan lagi dan jikalau mampu kami disarankan menambah elemen IoT didalam projek kami ini. Akhir sekali, kami di ingatkan oleh Pn. Sharinatol Akmanida bahawa sebulan dari hari ini akan ada presentation defend proposal yang kedua. Oleh itu kami perlulah bersiap sedia mulai dari hari ini dan memperbaiki kekurangan pada slaid kami.


Keindahan alam di pelusuk alam, 

kewujudan cinta jangan disangkali, 

jatuh cinta hati berdebar, 

perkara yang dilihat Indah sekali.



 

PERJUMPAAN PENYELIA SEBELUM MEMULAKAN PEMBENTANGAN 1 BERSAMA PANEL

 18 MAY 2021/ SELASA




            Perjumpaan ini diadakan pada waktu pagi sebelum kami memulakan pembentangan 1 bersama panel. Perjumpaan ini sangat membantu kami kerana penyelia telah memberi komen dan pendapat terakhir  yang perlu dibetulkan.Sebenarnya, terdapat banyak ulasan yang disuarakan yang perlu dibaik pulih. Apakan daya masa amat mencerubui kami, kerana terdapat banyak lagi kekurangan pada pembentangan kami. Apa pun perjuangan perlu diteruskan untuk meneruskan pembentangan pada petang tersebut.

Langit biru dihiasi awan, 
Langit malam diwarnai bintang, 
Jangan bersedih wahai diriku sayang, 
Inshaa Allah ada yang mendengar.
  


PERJUMPAAN DENGAN PENYELIA (PN. RASHIDAH)

 7 MAY 2021/ JUMAAT



            Pada hari ini, sekitar pukul 4 petang tadi yang bertarikh 7 May 2021. Kami dikehendaki berjumpa dan membuat perbentangan lagi dengan penyelia kami iaitu Pn. Noor Rashidah Binti Noordin sebelom melakukan dengan panel pada beberapa hari nanti. Perbentangan ini dimulakan dengan group 15. Tapi apakan daya masa mencemburui kami. Hal ini kerana hanya group 15 sahaja yang sempat melakukan perbentangan. Tapi tidak mengapa segala teguran yang dilemparkan kepada group 15 kami juga mengambil iktibar untuk melakukan pembetulan. Antara pembetulan yang perlu dilakukan ialah ubah bentuk bahagian methodology. Perjumpaan kali ini masih dilakukan di atas talian iaitu Microsoft Teams.

Bijak pandai dan bestari,
 Akhlak cetek mesti hindari, 
Jauhi diri dari iri,
 Padah buruk menanti diri.



WEBINAR DESIGN THINKING BERSAMA PN. YONG RASHIDAH

 4 MAY 2021/ SELASA


    
           Pada hari ini, iaitu 4 May 2021, saya dan rakan-rakan telah menghadiri 1 program workshop yang dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Ungku Omar iaitu Design Thinking Workshop for F.Y.P 1. Program ini terdapat 2 sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pertama dimulakan dengan briefing pada pukul 9.00 pagi. Pada sesi ini semua pelajar dan trainer diberi ceramah oleh pencemarah luar iaitu Puan Yong. Puan Yong telah menerangkan dalam segala aspek tentang design think ini. Pada sesi kedua pula kami berjumpa trainer kami iaitu Pn Norhasmi untuk berbincang dengan lebih lanjut tentang design thinking. Terdapat juga sesi QnA bersama Pn Norhasmi. Program ini tamat pada pukul 11.30 tengah hari.

Sarang lebah sarang berisi,
 madu diambil berhati-hati, 
kenapa harus menulis puisi, 
menjadi tempat keluhan hati.

                                                                                                

 



Wednesday, June 23, 2021

PEMBENTANGAN PROJEK BERSAMA PENYELIA

 1 MEI 2021/SABTU

   


        Pada hari sabtu hari ini, bertarikh 1 May 2021, iaitu sekitar jam 9.10 pagi tadi kami telah berjumpa penyelia kami iaitu Pn. Noor Rashidah Binti Noordin untuk melakukan perbentangan kami kepadanya. Kami mendapat beberapa teguran daripada beliau. Antaranya, di bahagian pengenalan, objektif, pernyataan permasalahan yang kurang jelas. Selain itu, kami juga diminta untuk memperkemaskan dari segi penyampaian semasa pembentangan. Pembentangan ini dilakukan di platform MsTeams.    

Andai aku penarik beca, 

Pekerjaan halal dan disegani, 

Wahai sahabat yang ku pinggiri,

Mohon maaf harap diampuni.



Tuesday, June 22, 2021

PERJUMPAAN PENYELIA DAN PERBINCANGAN BERSAMA KUMPULAN 15 DAN 16

30 APRIL 2021/ JUMAAT


        Pada hari ini iaitu bertarikh 30 April 2021, kami sepakat dengan ahli kumpulan 15 untuk melakukan kelas perjumpaan dengan penyelia kami dengan lebih awal. Hal ini kerana pada waktu pagi hari ini kami tidak mempunyai kelas. Perjumpaan ini dilakukan sekitar pukul 9.30 pagi. Pada perjumpaan ini penyelia kami iaitu Pn. Noor Rashidah Binti Noordin memberitahu kami bahawa laporan F.Y.P kami perlu dilakukan secara individu. Selepas tamat sahaja perjumpaan kami dengan penyelia kami, kami semua ahli kumpulan 16 melakukan perjumpaan untuk melengkapkan bahagian-bahagian yang perlu ada di slaid perbentangan ini. Perbincangan kami bermula pada pukul 11.15 pagi sehingga 12.25 tengah hari. Kedua-dua perjumpaan hari ini dilakukan secara atas talian di Mircosoft Teams.

                                                                                                 Melentur buluh biarlah dari rebungnya, 

Itulah nasihat sang pujangga, 

Pegangan hidup bersiap sedia, 

Kerana kelak dikecewa dunia.

PERJUMPAAN PENYELIA DAN PERBINCANGAN BERSAMA KUMPULAN 16

 25 APRIL 2021/ JUMAAT



        Pada hari ini, ia tampak berbeza kerana saya menyertai perjumpaan ini bagi melihat kumpulan 15 membentangkan idea mereka. Hal ini sangat baik dalam menambah ilmu pengetahuan bagi membuat penyediaan kepada kumpulan saya dalam menghadapi pembentangan akan datang. Pembentangan ini dilakukan melalui platform Msteams.

Ikan berenang di lautan dalam, 

Kuda pula berlarian di pantai, 

Termenung keseorangan di lewat malam, 

Sedang berfikir kekasih impian.



TAKLIMAT BERSAMA DR. SUNITHA A/P DORAISAMY

20 APRIL 2021/ SELASA



      Pada hari ini, iaitu 20 April 2021, sekitar pukul 3 petang saya dan rakan-rakan saya telah menghadiri satu taklimat bersama Dr. Sunitha A/P Doraisamy berkenaan dengan info untuk F.Y.P kami pada semester ini. Taklimat ini diadakan di platform Microsoft Teams. Antara info-info yang saya perolehi dari pada taklimat ini ialah tentang konsep Design Think. Selain itu, kami diingatkan akan datang akan ada satu perjumpaan penerangan yang lebih terperinci tentang workshop on design thinking. Akhir sekali, kami diingatkan tentang 18 Mei nanti akan ada perbentangan pertama dengan panel tentang progress F.YP kami pada semester ini.

                                                                                    
Berjalan-jalan mungkin perlahan, 
Berlarian-larian mungkin kepenatan,
 Bahagia itu bukannya bidaan, 
 Menjadi rezeki pemberian Tuhan (Allah SWT).