Wednesday, May 12, 2021

Pembentangan Projek 1 Bersama Penyelia.

 16 APRIL 2021 / JUMAAT


                Minggu ini merupakan pembentangan pertama kami kepada penyelia mengenai laporan kemajuan projek. Pembentangan ini diadakan secara maya di MsTeams. Antara tajuk penting yang dibentangkan ialah pengenalan, objektif, jangkaan hasil projek dan laporan buku log. Pembentangan ini penting kerana penyelia akan menentukan kemampuan projek untuk dilaksanakan. Terdapat beberapa teguran yang perlu diperbetulkan mengenai pembentangan yang telah dilakukan. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya kami amat berpuas hati dapat memperbaiki kesilapan dan mempelajari suatu ilmu yang baharu.

Teguhnya kapal bahan-nya besi,
Tidak dinafi terjadinya karam,
Seteguh hati apabila diuji,
Lama -kelamaan pasti ditangisi.




Menulis Pengenalan Projek.

 9 APRIL 2021 / JUMAAT


                Pada perjumpaan kali ini, kami diminta untuk membuat perjumpaan melalui aplikasi WhatsApp sahaja bagi membincangkan pengenalan projek. Kami bersama-sama merangka pengenalan, objektif dan hasil jangkaan projek setelah siap. Kami diberi tempoh 2 jam untuk menyiapkan tugasan tersebut untuk menghantarnya.

Pohon berbunga datangnya musim, 
Gugurnya bunga bila ditiupi, 
sikap periang untuk menutupi,
Bagi memendam pilu dihati.









Monday, May 10, 2021

Cara-Cara Menulis Laporan Mengikut Format Yang Betul.

 2 APRIL 2021 / SELASA


            Pada sesi kali ini, penyelia kami iaitu Pn. Rashidah telah mengajar kami cara-cara menulis laporan mengikut format yang betul. Kami diterangkan mengenai sukatan atau bab-bab sepanjang melaksanakan projek semester akhir kali ini. Antara perkara yang kami pelajari ialah cara untuk membuat pengenalan, objektif, persoalan permasalahan, skop, metodologi, carta alir, carta gantt dan hasil yang diharapkan. 

                                                    Suasana panas pastinya mendung, 
Aliran sungai menemani sepi,
Jika diam bukan patah hati,
Tetapi gundah beria lagi.