Thursday, April 15, 2021

Taklimat Webinar Penyediaan Tajuk Projek Kejuruteraan Awam.

 26 MAC 2021 / JUMAAT

            Pada sesi taklimat webinar kali ini telah disampaikan oleh Dr. Seri Bunian Bt Mokhtar mengenai penyediaan tajuk projek kejuruteraan awam berasaskan IR 4.0 di platform Msteam. Seramai 167 pelajar diploma kejuruteraan awam telah menghadiri sesi taklimat yang diadakan kali ini. Taklimat webinar ini menerangkan cara untuk menentukan tajuk projek dengan tepat. Selain itu, kami juga dapat mempelajari cara untuk mencari rujukan dengan betul dengan menggunakan laman web dengan betul. Akhir sekali, kami dapat menambah ilmu pengetahuan baru seperti menggunakan aplikasi yang sesuai seperti Unity, Google Form, Google Scroll. Kami juga mempelajari penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) amat penting dalam industri Kejuruteraan Awam IR 4.0.


Gunung Jerai gunungnya tinggi, 

Angin dayu mendampingi diri,

 Senyuman manis terukir di bibir,

 Nikmat apa yang didustakan lagi. 


               

Perbincangan Bersama Penyelia : 4 Idea Cadangan Dikemukakan.

 23 MAC 2021 / SELASA


              Pada perjumpaan kali ini, saya dan ahli kumpulan telah membahas dan berhujah bersama penyelia projek mengenai idea-idea (16.3.2021) yang telah dicadangkan. Perjumpaan kali ini amat penting bagi membahas idea projek yang telah diusulkan agar dapat diluluskan supaya projek ini dapat diteruskan. Pada idea pertama, kami mencadangkan untuk mencipta satu sistem 'software' agar dapat memudahkan orang kelainan upaya (OKU) untuk tidak bersesak-sesak untuk menaiki LRT atau MRT. Walau bagaimanapun idea ini telah ditolak. Seterusnya, cadangan idea projek kedua pula ialah mencipta satu 'software' yang memudahkan syarikat sewaan untuk merekod data jentera untuk penyelenggaraan. Malangnya, idea itu tidak menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan pihak jabatan kejuruteraan awam. 

              Selepas itu, cadangan idea projek ketiga pula telah ditolak serta-merta. Hal ini kerana, cadangan untuk mencipta papan penyelenggaraan (Led) di jalan raya telah dicipta oleh pelajar senior yang lepas. Akhir sekali, cadangan idea keempat ialah mencipta satu sistem berkaitan penyingkiran air. Sistem ini berfungsi mengesan ph air yang tidak neutral atau pencemaran air yang berlaku di dalam sesebuah tangki. Setelah berlaku pengesanan pecemaran air, sistem ini automatik akan menyingkirkan air yang tercemar melalui saluran paip dan akan mengisi semula air yang bersih ke dalam tangki setelah selesai menyingkirkan air yang tercemar tersebut.

               Selepas berbincang bersama penyelia.  Alhamdulillah, cadangan idea projek keempat telah diluluskan untuk diteruskan ke langkah yang berikutnya.

Gelombang ombak menghempas pantai, 
Angin lantang menerusi fikiran, 
Walaupun wajahmu tidak pernah ku pandang, 
Kedengaran sayu merintih kerinduan.






Meminta Pandangan dan Nasihat Daripada Rakan Berkemahiran.

 20 MAC 2021 / SABTU

                
                Pada waktu petang itu, saya berkesempatan untuk menemui rakan iaitu Muhd Syazani, pelajar jurusan kejuruteraan dalam komputer untuk mendapatkan maklumat dan pandangan mengenai projek yang ingin dilaksanakan. Terdapat pelbagai aspek yang perlu dititkberatkan seperti kos bahan, tempoh masa dan keupayaan kita bagi melaksanakan projek tersebut. Tambahan pula, kita perlulah membuat jangkaan perjalanan sepanjang melaksanakan projek itu. Sebagai contoh, membuat perancangan sebelum memulakan projek, semasa mencipta projek dan selepas siap membina projek. Aspek-aspek ini amat penting dalam menentukan kemampuan kita dalam menyiapkan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

Duduk terhenti di sebuah pondok,
 Hati sakit kerana dilukai, 
Titisan hujan membasahi bumi,
 Dikala melankolis menemani diri.

            

Friday, April 9, 2021

Menonton Video Projek.

 19 MAC 2021 / JUMAAT


            Pada minggu ini, penyelia kami iaitu Pn. Rashidah telah meminta kami untuk menonton video di Youtube tentang penerangan mengenai projek semester akhir yang telah disampaikan oleh En. Wan Ahmad Faizal. Penerangan video ini meliputi kefahaman kami mengenai apa yang kami bakal hadapi. Sebagai contoh, kami perlu memahami setiap aspek yang perlu dititik beratkan dalam mencipta projek. Antaranya, dapat menyelesaikan masalah komuniti setempat, mempuyai niat yang murni untuk menyelesaikan masalah dan bijak dalam menyelesaikan masalah.

    Jika aku perdana menteri,
 pimpinan mesti langsung terhenti, 
cintai rakyat jauh sekali,
 mencintaimu sentiasa di hati. 


Perbincangan 2 bersama ahli kumpulan 16.

 16 MAC 2021 / SELASA


            Pada sesi kali ini, saya dan ahli kumpulan 16 telah diberikan tugasan supaya melakukan perbincangan berkaitan idea projek. Kami diminta untuk mengemukakan 4 cadangan idea projek. Justeru itu, sebagai satu kumpulan kami telah bersetuju untuk mengemukakan idea masing-masing dan saling bertukar pandangan mengenai idea-idea tersebut. Pada penghujung perbincangan, penyelia projek iaitu Pn. Rashidah telah memberi satu dokumen kepada kami untuk mengisi idea-idea yang telah dipersetujui untuk dikemukakan. Perbincangan ini telah diadakan di Msteams.

Nahkoda kapal memimpin layaran,

pukulan ombak menghempas lautan, 

sakit tersa bukan pengakhiran, 

tetapi menjadi pemuat kekuatan.

Perbincangan 1 bersama ahli kumpulan 16.

 13 MAC 2021 / SABTU


        Perbincangan ini telah diadakan pada waktu malam. Kami berbincang dan bantu-membantu dalam merancang idea untuk projek yang dilaksanakan. Pada malam tersebut kami memutuskan untuk melakukan pemerhatian dan kajian bagi projek yang dilakasanakan. Setiap ahli kumpulan menggunakan platform seperti google dan youtube bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh orang awam. Hal ini kerana kami bertanggungjawab untuk melaksanakan projek yang dapat menyelesaikan masalah orang awam. Kami menggunakan aplikasi WhatsApp sebagai platform perbincangan kami pada malam tersebut.

Keheningan malam disuburi hari,

adanya bulan menerangi hati,

penat lelah usah dirunguti,

nescaya hidup akan diberkati.